PERTIMA adalah syarikat pengeluar makanan dalam tin yang utama di Terengganu dan antara yang terbesar
dinegara ini. Penubuhanya pada 1972, sebagai syarikat anak kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang berstatus
penuh milik BUMIPUTERA..Pada masa yang sama, Pertima juga turut menekankan produk HALAL
dan juga bermutu tinggi bagi menjamin kepuasan pengguna. Kini PERTIMA berbangga kerana mampu menjadi
salah satu pengeluar produk makanan yang popular seperti sardin,kari,sambal bilis, serikaya dan lain-lain lagi.
VISI SYARIKAT
PERTIMA berhasrat menjadi pengeluar makanan HALAL dalam tin yang utama di Malaysia dan
bercita-cita untuk menembusi pasaran global. Selaras dengan cita-cita dan objektif yang digariskan serta berbekalkan pengalaman
dan kepakaran yang melebihi 30 tahun, Pertima kini menuju kearah kecemerlangan.
PERKHIDMATAN
Pertima juga menawarkan perkhidmatan Kontrak Pengetinan Makanan dimana kini terdapat 4 buah syarikat telah menjalinkan usahasama ini dan sambutanya cukup menggalakkan.